Sunday, 25 September 2011
ADUN Batu Caves Melawat Kampung
16/7/2011 - Dalam program Sehari Bersama Penduduk, ADUN Batu Caves, YB Amiruddin Shaari telah berkunjung ke Kampung Sungai Tua dari pagi hari untuk mengambil bahagian dalam gotong-royong mengecat pagar Dewan Komuniti JKKK dan diikuti kunjungan ke rumah warga tua dan miskin di sebelah tengahari.
Seterusnya, beliau ke Tanah Gantian untuk meyerahkan sumbangan untuk memperbaiki dewan serbaguna di sana, dan pada waktu malamnya, menghadiri Forum Isra' Mikraj di Masjid Jamiatus Solahiah, Kg Sg Tua Baru.
Monday, 22 August 2011
Keselamatan Kampung Tumpuan 2011
Assalamu'alaikum para pembaca,
Memandangkan yang keselesaan penduduk kampung tergugat dengan peningkatan kes-kes pecah rumah dan kecurian kenderaan (terutama motosikal), pihak JKKK telah membuat keputusan meminta nasihat pihak Polis (IPD Gombak) bagi mengatasi masalah ini. Dalam beberapa siri perjumpaan dan lawatan ke kampung ini, bermula dengan lawatan Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Rahim Abdullah dalam bulan Disember 2010, dan disusuli oleh Ketua Balai Polis Selayang, Cif Inspektor Nordin Misban dan pasukannya dalam bulan April 2011 dan pelancaran Skim Rondaan Sukarela (SRS) oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak dalam bulan Mei 2011. SRS sudah bergerak lancar sejak pelancarannya tetapi penglibatan lebih ramai penduduk amat dialukan untuk menambah keberkesanan rondaan.
Assalamu'alaikum readers,
Due to the disturbances experienced by residents from increasing cases of burglary and vehicle theft (especially motorcycles) the JKKK has decided to seek advice from the Police (IPD Gombak) to overcome this problem. As series of meetings were arranged, beginning with a visit by the Gombak District Police Chief, ACP Rahim Abdullah in December 2010,followed by Selayang Police Station Chief, Chief Inspector Nordin Misban and his team in April 2011 and launch of the Voluntary Patrol Scheme (SRS) in May 2011 by the Deputy District Police Chief. The patrols have begun since then but a higher level of participation by the residents is needed to improve its effectiveness.

Tuesday, 16 August 2011
Selamat Datang
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada setiap pengunjung ke blog ini.
Blog ini mula beroperasi pada hari ini (17hb Ogos 2011) bertujuan untuk menyebarkan maklumat mengenai kampung kami dan menjadi salah satu saluran komunikasi dengan warga-Net yang lain untuk berkongsi maklumat, serta mendapat maklumbalas.
Setakat ini dulu sebagai tulisan pertama dan semoga Allah swt memberikan tenaga kepada kami meneruskan usaha menghidupkan blog ini.
Assalamu'alaikum and greetings to all visitors to this blog.
It became operational today (17/th August 2011) with the intent to disseminate information about our village and acts an information channel for other Netizens to share knowledge and receive feedback.
As the first post, that is all for now and may Allah swt grant us the strength to continue our efforts in mantaining this blog.

Subscribe to:
Posts (Atom)