¨ Kewujudan kampung adalah akibat perpindahan untuk melindungi kaum bumiputera semasa Darurat pada tahun 1951.
¨ Asal kawasan adalah ladang getah seluas 47 ekar untuk dijadikan penempatan semula penduduk.
¨ Terdapat 3 buah kampung yang di bawah tanggungjawab JKKK:
Kg Sg Tua Lama: 300 ekar baki dari pembinaan Empangan Batu
Kg Sg Tua Baru: 47 ekar kawasan perumahan
Kg Sg Tua Gantian: 700 ekar tanah pertanian/cadangan industri
¨ Jumlah penduduk adalah seramai lebih kurang 3,500 orang (Melayu 98%) dan 70% kakitangan kerajaan. Bakinya, pekerja swasta/persendirian.
¨ Jumlah rumah ialah 575 unit.
¨ Sempadan utama kampung adalah Kg Nakhoda, Taman Jasa, Selayang Baru dan Ulu Yam.
¨ Kampung ini diletakkan di bawah program Gerakan Desa Wawasan iaitu Program Pengindahan Kampung dan dikategorikan sebagai kampung tradisional.
¨ Kg Sg Tua Baharu mula didiami pada tahun 1951 kerana penempatan semula dari Kg Sg Tua yang lama. Penduduknya berketurunan Melayu yang berasal dari Sumatera. Ada yang berasal dari Pariaman atau Bukit Tinggi dan ada yang berasal dari Teluk Cempedak dan Mandaheleng. Terdapat beberapa penempatan di kampung lama. Kampung-kampung tersebut Kg. Sg Pamah, Kg Sg Pamah Ulu, Kg Hulu Gimbar, Kg Kedai, Kg Lembah dan Kg Dusun. Ketua Kg Sg Tua Lama bernama Datok Empat Kalam berasal dari Sumatera. Beliau dibantu beberapa orang seperti Haji Zainuddin di Kg Pamah dan Kg Pamah Ulu. Mohd Yusop di Kg Kedai dan Kg Lembah dan Maarap di Kg Dusun.
¨ Di kampung Sg Tua Lama ini, asalnya terdapat sawah padi, dusun buah-buahan serta kebun getah. Pada masa darurat, penduduk kampung tersebut dipindahkan ke kampung Sg Tua Baru sekarang dan masing-masing diberikan sebidang tanah tapak kediaman seluas 4000 kaki persegi. Semua penduduk diarah berpindah ke tempat baru ini bagi menghindarkan dari pengganas Komunis pada masa darurat. Tapak seluas 47 ekar asalnya Ladang Siun dijadikan tapak pemindahan tersebut.
¨ Nama Kg Sg Tua Baharu diberi kerana kampung ini dibuka bagi penempatan baru menggantikan Kg Sg Tua di penempatan lama.
¨ Di Kg Sg Tua Lama dahulunya terdapat sebuah Sekolah Melayu, sebuah Sekolah Agama, sebuah masjid, sebuah surau serta sebidang tanah perkuburan Islam. Semua tapak tersebut telah ditenggelami oleh Empangan Batu yang dibina pada tahun 1987. Pengambilan balik bagi tujuan pembinaan Empangan Batu itu dibuat pada tahun 1984. Kesemua pemilik tanah yang terlibat menerima ganti tanah mereka masing-masing di Sg Tua Tanah Gantian bersebelahan Kg Sg Tua Baharu sekarang.
¨ Mulai dari tahun 1951 hingga kini, jawatan Ketua Kampung Kg Sg Tua Baharu disandang oleh:
(a) 1951-1973- Allahyarham Mohd Zin bin Normin
(b) 1976-1990- Allayarham Haji Mohd Tahir bin Omar
(c) 1990-2008- Allahyarham Hamzah bin Malim
(d) 2008 hingga sekarang – Mej (B) Hj Ramly Jamaluddin